Khamis, 14 April 2011

Penyelesaian Untuk Tanah Bermasalah Dan Berbukit


Kelebihan baja MPOB F4 ialah :-

1. Baja MPOB F4 mempunyai sifat spesifik yang sesuai digunakan di tanah teres kawasan berbukit yang kandungan organik tanahnya rendah dan juga jenis-jenis tanah bermasalah seperti tanah lateratik, tanah liat dan tanah berpasir.


2. Membekalkan peratusan nutrien-nutrien yang seimbang iaitu N_P_K ( 9-6-18) serta Mg (2.0) dan B (0.5) untuk pokok sawit menghasilkan buah yang banyak


3. In juga mengandungi mineral zeolite dan bahan organik yang meningkatkan CEC (Cation Exchange Capacity) dan membekalkan nutrien-nutrien lain seperti kalsium, silika dan lain-lain nutrien mikro untuk pertumbuhan pokok yang sihat.


4. Mineral zeolite dapat membantu nutrien bertahan lebih lama dikawasan perakaran pokok kerana peningkatan CEC tanah berupaya mengawal pelepasan nutrien-nutrien seiring dengan keperluan nutrien-nutrien pokok.

5. Bahan organik yang terdapat di dalam MPOB F4 berupaya untuk menarik kehadiran mikro-organisma yang efektif untuk menyuburkan tanah. Dengan itu perkembangan sistem akar lebih baik dan nutrien-nutrien yang diperlukan dapat diserap dengan lebih efektif, efisen dan lebih mesra alam